Tuesday, November 19, 2013

CUTI SEKOLAH DAH BERMULA..

           Hari nie dah masuk hari kelima cuti persekolahan. Bermula 16 November yang lalu, rutin seharian agak berubah. Walaupun dikategorikan 'bercuti' namun tugas seorang pendidik tidak pernah bercuti sebenarnya...nampak mmg. mudah pada sesetengah pihak...banyak yang masih perlu diselesaikan dan dikemaskini...sistem SPPBS ...sistem eoperasi dan macam mcm2 lagi. Perubahan yang besar untuk subjek pada sesi persekolahan akan datang juga agak merisaukan. Sayang juga...mata pelajaran yang biasa diajar terutama sains (opsyen) kemungkinan besar tidak diajar setelah bergelar guru selama hampir 7 tahun. Tapi saya menurut perintah...
             Kisah dengan anak-anak yang semakin membesar dengan keletah yang pelbagai menjadikan lebih bersabar utk. menghadapinya.Sekejap jer cuti 7 minggu...harap anak-anak didik tidak terus terlena dan tertidur....SELAMAT BERCUTI buat semua...

Thursday, April 5, 2012

APAM POLKADOT BUAT RAIHAN...



Sempena hari lahir Raihan yang ke-3 tahun, mama sediakan kuih Polkadot yang gistimewa.
Inti jem blueberry dan pilihan warna kuning /merah jambu. Menjadi juga apam polkadot
setelah bertungkus lumus selama 2 jam di dapur.
Inilah gambar-gambar yang dirakam:

Monday, November 21, 2011

KISAH ORANG BARU...

Salam...setelah lama sangat berehat menulis blog, rasa rindu ingin mencatatkan sesuatu di blog amat menebal. Saya telah selamat melahirkan puteri kedua ( anak ketiga) pada 14 Nov 2011 yang lalu. Syukur semua urusan dipermudahkan oleh Yang Maha Esa. Nama yang dipilih RAIDAH SALIHAH. Maksudnya, Keutamaan dan Solehah, itulah yang kami harapakan insyaAllah.


Setelah 30 minit dilahirkan, 3.7kg












Saturday, January 8, 2011

8 hari di tahun 2011

Setelah 8 hari di dalam tahun baru
aku rasakan masa itu cepat berlalu
meninggalkan aku
yang terus mengorak melangkah
di dalam perjuangan hidup ini

Setelah 8 hari berlalu
Aku masih di sini
Penuh dengan harapan
Meninggalkan segala kenangan
Yang menjadi kenyatan
suatu masa dulu

Setelah 8 hari berlalu
Mungkinkah apa yang kuimpikan
akan menjadi sesuatu yang pasti?


Nukilan pada 9 januari 2011
12.20 a.m

Friday, December 10, 2010

RHADI dan SONGKOK


Catatan di blog kali ini tentang Rhadi...



mmg suka pakai songkok ABAH...hingga kadangkala kena sorokkan..
.tapi nampak comel pula bila pakai...

Saturday, October 30, 2010

LEMPENG oh LEMPENG...

Pagi nie , aku terigin nak buat lempeng, berikutan tengok resipi dalam majalah SAJI. Aku ubah sikit mengikut bahan yang ada kat dapur tue dan selera sendiri... mudah dan ringkas serta berkhasiat...Tak sampai setengah jam, dah dapat 5 keping lempeng yang bersaiz sederhana. Lempeng yang diberi nafas baru nie sedap dimakan waktu masih panas...tak semestinya berintikan jem, terpulanglah kalau letak sambal sardin pun ok gak...inilah hasilnya air tanganku yang tak seberapa ini

Friday, August 6, 2010

KENANGAN MANIS DI CAMERON HIGHLAND











Pada 23 Jul yang lalu, aku telah menyertai Hari Mesra Keluarga Kelab Guru & Kakitangan sekolah tempat aku bertugas...mmg lama dah aku idamkan nak ke sana...lama sangat tak berkunjung seingat aku kali ptama ke sana masa aku Form 1 dengan keluargaku...
Persiapan ke sana aku buat awal2 lagi terutama utk anak2 kesayanganku...terutama sweater memandangkan nak bermalam di sana...nanti sejuk sgt...Kira2 4 jam perjlanan hampir pukul 9 mlm , kami tiba di Tanah Rata, dan bermalam di Hotel Cool Point. Keesokan harinya, kami pergi berkunjung ke Taman Teknologi Mardi. Setelah sejam di sana, kami teruskan melawat kawasan Brinchang. Tak lupa berkunjung di Raju Strawbery's Farm...makan aiskrim strawberi dan waffle strawberi...shopping di Kea Farm...Sebelah petang, berkunjung di Butterfly Farm, Rose Valley...ambil kesempatan minum air teh di Cameron Valley Tea Farm...kesimpulannya mmg seronok dan ingin pergi lagi ke sana nanti