Salam 1 malaysia, nie nak kongsi sikit pengalaman sebagai seorang pendidik...baru2 nie semasa mengajar tiba2 adalah seorang murid tahun 6 ketuk pintu....lepas tu dia bagi salam dan kata nak jumpa kawan dia(murid tahun 5). Saya yang sedang khusyuk mengajar belum sempat kata apa2 atau kebenaran, budak tahun 5 dah terus jumpa kawan dia. Dengan nada yang tegas , saya pun berkata, Ada ke cikgu kata boleh jumpa dia? dengan selamba murid tahun 6 tadi hempas pintu dan terus pergi ke kelas dia. sebenarnya nak mendidik peribadi seorang murid lebih sukar berbanding dengan akademik. Itulah cabaran yang hebat untuk seorang pendidik. Mungkin ada yang kata, kerja seorang guru lebih mudah berbanding pekerjaan lain. hakikatnya tidak!Sebenarnya byk lagi pengalaman lain saya dengan anak2 zaman sekarang...ini baru sekolah di kawasan kampung agaknya kalau di bandar besar lebih teruk...
Teringat masa saya di sekolah rendah, nak pandang muka guru pun takut lebih2 lagi kalau cikgu tu garang. Kena rotan, denda, dan cubitan guru kalau tak siap kerja rumah memang rasa malu ngan kawan2. Anak2 zaman sekarang tak rasa macam saya rasa, kalau kita denda, rasa bangga dan seronok!
Saturday, October 24, 2009
Saturday, October 17, 2009
Hari...hari terakhir bulan syawal
Salam...semalam sempat lagi beraya kat rumah kawan di kajang. sesat hampir 30 minit, maklumlah dah lama tak gi rumah dia...mujur dekat ngan rumah lama...dah jumpa biasalah, borak lepas tu makan...sambil mengawal anak2 masin-masing. Teringat pula zaman bujang dulu...kalau musim raya...samapai malam hari berjalan...sekarang kemeriahan dikongsi bersama anak2. Dah macam taska pula bila ramai kanak2 kat umah dia, he he. Itulah cerita seorang wanita bergelar mama...
Subscribe to:
Posts (Atom)