Monday, November 23, 2009

MEMORI DI BUKIT TINGGI


  • Kali pertama pergi Bukit Tinggi pada 15 Nov yang lalu. Sempena Hari Keluarga yang dianjurkan oleh Kelab guru & Kakitangan SK sanggang seberang. Memang meriah...

Thursday, November 19, 2009

Sorang je dapat...

Hari nie result UPSr keluar, sampai termimpi dibuatnya...bila GB umumkan sorang je dapat 5 A. tapi kira oklah, tahun lepas langsung takde. Target dapat 3 org, at last sorang je dapat . Alhamdulillah...sebagai cikgu...tumpang gembira, semoga murid-muridku sekalian menjadi insan yang bguna pada bangsa dan juga negara...Amin.

Saturday, October 24, 2009

Anak-anak zaman sekarang

Salam 1 malaysia, nie nak kongsi sikit pengalaman sebagai seorang pendidik...baru2 nie semasa mengajar tiba2 adalah seorang murid tahun 6 ketuk pintu....lepas tu dia bagi salam dan kata nak jumpa kawan dia(murid tahun 5). Saya yang sedang khusyuk mengajar belum sempat kata apa2 atau kebenaran, budak tahun 5 dah terus jumpa kawan dia. Dengan nada yang tegas , saya pun berkata, Ada ke cikgu kata boleh jumpa dia? dengan selamba murid tahun 6 tadi hempas pintu dan terus pergi ke kelas dia. sebenarnya nak mendidik peribadi seorang murid lebih sukar berbanding dengan akademik. Itulah cabaran yang hebat untuk seorang pendidik. Mungkin ada yang kata, kerja seorang guru lebih mudah berbanding pekerjaan lain. hakikatnya tidak!Sebenarnya byk lagi pengalaman lain saya dengan anak2 zaman sekarang...ini baru sekolah di kawasan kampung agaknya kalau di bandar besar lebih teruk...
Teringat masa saya di sekolah rendah, nak pandang muka guru pun takut lebih2 lagi kalau cikgu tu garang. Kena rotan, denda, dan cubitan guru kalau tak siap kerja rumah memang rasa malu ngan kawan2. Anak2 zaman sekarang tak rasa macam saya rasa, kalau kita denda, rasa bangga dan seronok!

Saturday, October 17, 2009

Hari...hari terakhir bulan syawal

Salam...semalam sempat lagi beraya kat rumah kawan di kajang. sesat hampir 30 minit, maklumlah dah lama tak gi rumah dia...mujur dekat ngan rumah lama...dah jumpa biasalah, borak lepas tu makan...sambil mengawal anak2 masin-masing. Teringat pula zaman bujang dulu...kalau musim raya...samapai malam hari berjalan...sekarang kemeriahan dikongsi bersama anak2. Dah macam taska pula bila ramai kanak2 kat umah dia, he he. Itulah cerita seorang wanita bergelar mama...

Friday, September 25, 2009

Raya 2009

salam aidilfitri...tahun nie giliran raya kat rumah keluarga suami di terengganu sampai raya ke-3.Tahun nie juga bertambah sibuk menguruskan anak2. kalau masa berdua dulu rasa tak kalut sgt mcm sekarang...sampai kdg2 tertinggal barang dibuatnya. Mujurlah baju raya sume ada. cite pasal baju raya teringat masa 'test' baju melayu Rhadi. Wah kemain gembira dia...dampai amik ssongkok abah dia. Maknanya dia tahu, kalau pakai baju melayu mesti pakai songkok.Pagi raya dialah orang paling terakhir bgn, penat agaknya main dengan sepupu malam raya tu...

Friday, August 28, 2009

gambar birthday...Rhadi

Add Imagegambar nie diambil selepas potong kek....comot mulut dgn kek, pakai pisau potong kek lagi

Saturday, August 22, 2009

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR RHADI

Pada 10 ogos lalu genaplah umur Rhadi 2 tahun. Rasa sekejapje dah 2 tahun umur anak mama nie...masih suka nangis tapi kurang dah skit...mama sempat beli kek biasa jer...takde gambar kartun pun...apapun mama doakan yang terbaik untuk Rhadi...

Saturday, August 8, 2009

Keletah anak bujangku

Mula2 sampai kat majlis kenduri kahwin sepupuku, dia malu jer...dah lama sikit baru nak main ...nampak bunga manggar dia nak juga...sampai bawa balik kat rumah.

Monday, May 4, 2009

KUASA SEORANG PEREMPUAN

KUASA LAYANAN PEREMPUAN
  • Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN
  • Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya: "Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda: "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."



KUASA TAQWA PEREMPUAN
  • Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.
  • Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
  • Kekuasaan taqwa ini pula adalah kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.
  • Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan: semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasannya.


Wednesday, April 22, 2009

ON 26th days....


Hari nie...Raihan dah berusia 26 hari...wah pipi dah montel pun...geramnyer rasa nak cubit pipi dia....Abang long dah mula dapat terima kehadiran Raihan...sayang Dik Bi kan...Terlalu cepat masa berlalu dah dekat sebulan, anak2 mama semakin cerdik. Abang long dah dapat basikal baru warna biru...atuk beli dan uwan yang tolong pilihkan, manja betul anak mama yang sorang nie ngan uwan dan atuk. Untuk Raihan pula nanti mama belikan baju baru yer....

Thursday, April 16, 2009

KISAH AZAN

SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............

Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.
Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...


Allahu Akbar!!

ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya
Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa
Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik
Mukanya yang menahan kesakitan '
sakaratul maut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
'Hendaklah
Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '

Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan
Diri,
jangan berkata apa-apa pun semasa azan
Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib
Menghormati azan Banyak fadhilatnya
. Jika lagu
Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan
Diri.
Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan
Kelunya
lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita
Tidak dapat mengucap kalimah
'Lailahaillallah. .' yang
M ana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
Syurga untuk mereka. D ari itu m ari lah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .'

semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'

Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.
Subh ana llah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah,
dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah
penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang d ari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan
Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan
Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dila ungkan di-Jakarta,
tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir
di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa
ini, Azan akan berterusan dila ungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq .

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dila ungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik
adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dila ungkan di Indonesia. Ini berterusan
bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subh ana llah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!


Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat berantai' melalui
e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali
berfikir 2 atau 3 kali......FIKIRKAN LAH, tepuk dada tanya iman.

Wednesday, April 1, 2009

MY LITTLE PRINCESS, RAIHAN SAHIRA


RAIHAN SAHIRA,
Selamat datang ke dunia, puteriku Raihan...Mama rasa bersyukur dengan kehadiranmu...sekarang mama dah ada seorang putera dan seorang puteri sebagai penghibur hati mama dan abah. Nama ini adalah pilihan abah, yang bermaksud bauan syurga yang memikat hati.Abang Raihan, Rhadi masih dalam proses menyesuaikan diri dengan kehadiranmu, yelah sebelum nie semua tumpuan terhadap dia, tapi sekarang kenalah berkongsi kasih...mama tahu dia sayang sangat dengan dik bi tapi perasaan cemburu mmg ada...hari ini dah 6 hari lahirmu ke dunia, mama doakan agar raihan menjadi anak yang solehah kelak..

Tuesday, March 10, 2009

Sejak bergelar mama..


Hari nie dah setahun 7 bulan aku bergelar mama...kehidupanku bertambah sibuk setiap hari di samping tugasku sebagai pendidik. Kekadang hampir hilang kesabaran namun aku tetap tabah bergelar seorang mama. Tidak lama lagi aku bakal menimang seorang lagi cahaya mata...insyaAllah awal bulan April. Ku mohon semuanya selamat. Rhadi Syazwan, anak mama sorang nie makin lasak dan selalu ingin perhatian dariku...Sebagai insan bergelar mama, ku cuba memberi sepenuh kasih sayang dan perhatian walaupun kadangkala dibatasi dengan pelbagai tugas. kesian anak mama kan...