Saturday, October 24, 2009

Anak-anak zaman sekarang

Salam 1 malaysia, nie nak kongsi sikit pengalaman sebagai seorang pendidik...baru2 nie semasa mengajar tiba2 adalah seorang murid tahun 6 ketuk pintu....lepas tu dia bagi salam dan kata nak jumpa kawan dia(murid tahun 5). Saya yang sedang khusyuk mengajar belum sempat kata apa2 atau kebenaran, budak tahun 5 dah terus jumpa kawan dia. Dengan nada yang tegas , saya pun berkata, Ada ke cikgu kata boleh jumpa dia? dengan selamba murid tahun 6 tadi hempas pintu dan terus pergi ke kelas dia. sebenarnya nak mendidik peribadi seorang murid lebih sukar berbanding dengan akademik. Itulah cabaran yang hebat untuk seorang pendidik. Mungkin ada yang kata, kerja seorang guru lebih mudah berbanding pekerjaan lain. hakikatnya tidak!Sebenarnya byk lagi pengalaman lain saya dengan anak2 zaman sekarang...ini baru sekolah di kawasan kampung agaknya kalau di bandar besar lebih teruk...
Teringat masa saya di sekolah rendah, nak pandang muka guru pun takut lebih2 lagi kalau cikgu tu garang. Kena rotan, denda, dan cubitan guru kalau tak siap kerja rumah memang rasa malu ngan kawan2. Anak2 zaman sekarang tak rasa macam saya rasa, kalau kita denda, rasa bangga dan seronok!

1 comment: