Friday, December 10, 2010

RHADI dan SONGKOK


Catatan di blog kali ini tentang Rhadi...



mmg suka pakai songkok ABAH...hingga kadangkala kena sorokkan..
.tapi nampak comel pula bila pakai...

Saturday, October 30, 2010

LEMPENG oh LEMPENG...

Pagi nie , aku terigin nak buat lempeng, berikutan tengok resipi dalam majalah SAJI. Aku ubah sikit mengikut bahan yang ada kat dapur tue dan selera sendiri... mudah dan ringkas serta berkhasiat...Tak sampai setengah jam, dah dapat 5 keping lempeng yang bersaiz sederhana. Lempeng yang diberi nafas baru nie sedap dimakan waktu masih panas...tak semestinya berintikan jem, terpulanglah kalau letak sambal sardin pun ok gak...inilah hasilnya air tanganku yang tak seberapa ini

Friday, August 6, 2010

KENANGAN MANIS DI CAMERON HIGHLAND











Pada 23 Jul yang lalu, aku telah menyertai Hari Mesra Keluarga Kelab Guru & Kakitangan sekolah tempat aku bertugas...mmg lama dah aku idamkan nak ke sana...lama sangat tak berkunjung seingat aku kali ptama ke sana masa aku Form 1 dengan keluargaku...
Persiapan ke sana aku buat awal2 lagi terutama utk anak2 kesayanganku...terutama sweater memandangkan nak bermalam di sana...nanti sejuk sgt...Kira2 4 jam perjlanan hampir pukul 9 mlm , kami tiba di Tanah Rata, dan bermalam di Hotel Cool Point. Keesokan harinya, kami pergi berkunjung ke Taman Teknologi Mardi. Setelah sejam di sana, kami teruskan melawat kawasan Brinchang. Tak lupa berkunjung di Raju Strawbery's Farm...makan aiskrim strawberi dan waffle strawberi...shopping di Kea Farm...Sebelah petang, berkunjung di Butterfly Farm, Rose Valley...ambil kesempatan minum air teh di Cameron Valley Tea Farm...kesimpulannya mmg seronok dan ingin pergi lagi ke sana nanti

Tuesday, July 6, 2010

DURIAN OH DURIAN!

Sekarang dah mula musim durian...banyak dah kat tepi jalan area Temerloh orang jual raja buah nie...tapi awas kalau nak beli tue...kena pandai pilih biasanya yang jual kira selonggok tue buah tak berapa elok. Untungnya mengajar di kawasan kampung, boleh beli durian segar daripada ibu bapa murid kat sekolah. Seguni durian baru RM 2o dan puas hati makan
nak kongsi sikit info pasal buah durian.

Durian merupakan tumbuhan dari genus Durio yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Ia banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani dan pasar sayur.

Durian adalah buah tropikal yang berasal dari Asia Tenggara. Warna buah berbeza dari hijau ke perang, dan mempunyai bentuk bujur sehingga bundar. Buah ini boleh membesar sehingga 30 cm (12 in) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya mempunyai berat antara satu hingga tiga kg (2 hingga 7 lb). Ciri-ciri durian adalah buah yang mempunyai kulit bersabut yang diselitupi dengan duri yang tajam, mencucuk, dan bau yang kuat dan unik yang terhasil dari isi di dalam, yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai berbau busuk. Bahagian buah boleh dimakan adalah isi yang kekuningan, yang menyelitupi biji benih.

Ramai orang menganggap durian sebagai buah yang sedap, ia dipanggil "raja buah" oleh penduduk tempatan. Sebahagian orang barat yang tidak tahan dengan baunya telah menggambarkan buah durian dengan gambaran seperti "makan kastard dalam tandas awam". Terdapat juga gambaran bau durian sebagai bau lori sampah yang baru sahaja melanggar skunk. (Sumber: Wikipedia)










Sunday, July 4, 2010

KELETAH ANAK BUJANGKU...




Alkisah pada suatu pagi sedang aku tekun membasuh pinggan mangkuk di dapur, tiba-tiba aku mula rasa hairan kenapa anak aku diam jer....tak macam selalu sambil tgk tv mesti bising...aku terus basuh pinggan hingga selesai...aku jenguk kat ruang tamu...dia takder...ni mesti kat bilik belakang, tanpa berlengah lagi aku terus ke sana... Alamak...dia dah make over muka dia dengan celak mata dan maskara...habis muka comot...dia menunjukkan muka dgn selamba dan cuba menakutkan aku haha...HANTU! HANTU! Nie ada gambar yang sempat diambil...

Saturday, July 3, 2010

PENING...FIKIR NAK MASAK APA?

Bila tibanye hujung minggu, aku mulalah pening nak masak apa. Maklumlah kalau hari bekerja , aku masak yang ringkas jer...ikut tahap kesibukan aku dan keadaan anak...kadang2 tak masak pun...makan kat luar....tapi aku paling suka masak gulai lomak cili padi...jarang sangat menu nie aku masak...sebabnya, aku suka masak yang anak-anak boleh makan (tak pedas). Menjimatkan masa...bercerita tentang gulai lomak cili padi nie, favourite aku gulai daging salai campur sayur maman...peh...berapi, tambahan kalau mak yang masak.
Walaupun aku beli majalah SAJI, tapi ada resipi aku tak suka, takpun ada yang dah masak banyak kali...contohnya sambal udang, sotong etc...
Sejak kahwin, aku dah boleh masak masakan org tganu...aku belajar daripada mak mertua...ketupat sotong, nasi kebuli dan laksa tganu....oh yer...ingat nak cari resipi dalam internet pulak....kot2 ada yang berkenan kat hati...bersambung lagi....

Friday, July 2, 2010

HOBI BARU...KAIT-MENGAIT

Entah macam mana tiba2 rasa minat nak mengait guna jarum satu...dulu belajar ngan mak tapi hasilnya tak berapa nak memuaskan hati...masih ingat lagi..rumah pwnuh dgn hiasan alas meja . tv. samapai peti ais pun guna...kreatif mak...colourful plak tu, warna kuning, pink, oren...yelah mak mmg suka warna terang...
Ilham kait-mengait mmg aku dapat daripada mak...cuma kesibukan aku setiap hari agak membataskan aku nak terlibat secara serius dengan hobi baru aku nih...modalnya pun murah takdelah beratus ringgit...mungkin ada yg anggap hobi baru ni agak ketinggalan tapi apapun bagi aku mmg menarik serta perlukan kreativiti yang tersendiri...
Bila tgk blog yang ada kaitan dgn kait-mengait, tanpa berfikir pjg aku add as follower, sebagai rujukan dan perkongsian idea. Harap hobi baru aku nie taklah seperti HANGAT-HANGAT TAHI AYAM...teringin benar aku nak cuba buat topi,sweater, bekas handphone dll.

Thursday, February 4, 2010

Dah hampir setahun


Gambar ini diambil semasa Hari Raya Aidiladha




Nape senyum tak nampak gigi?







Pose yang manja...




Anak mama nie dah nak setahun pun 28 Mac nanti...dah pandai berdiri serta lepas tangan...maknanya tak lama lagi bolehlah berjalan. Gigi baru 6 batang....cepat sangat masa berlalu...rasa cepat sangat tu sebab adik mmg mudah dijaga dan tak banyak ragam...bab makan pun tak cerewet...