Tuesday, July 6, 2010

DURIAN OH DURIAN!

Sekarang dah mula musim durian...banyak dah kat tepi jalan area Temerloh orang jual raja buah nie...tapi awas kalau nak beli tue...kena pandai pilih biasanya yang jual kira selonggok tue buah tak berapa elok. Untungnya mengajar di kawasan kampung, boleh beli durian segar daripada ibu bapa murid kat sekolah. Seguni durian baru RM 2o dan puas hati makan
nak kongsi sikit info pasal buah durian.

Durian merupakan tumbuhan dari genus Durio yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Ia banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani dan pasar sayur.

Durian adalah buah tropikal yang berasal dari Asia Tenggara. Warna buah berbeza dari hijau ke perang, dan mempunyai bentuk bujur sehingga bundar. Buah ini boleh membesar sehingga 30 cm (12 in) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya mempunyai berat antara satu hingga tiga kg (2 hingga 7 lb). Ciri-ciri durian adalah buah yang mempunyai kulit bersabut yang diselitupi dengan duri yang tajam, mencucuk, dan bau yang kuat dan unik yang terhasil dari isi di dalam, yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai berbau busuk. Bahagian buah boleh dimakan adalah isi yang kekuningan, yang menyelitupi biji benih.

Ramai orang menganggap durian sebagai buah yang sedap, ia dipanggil "raja buah" oleh penduduk tempatan. Sebahagian orang barat yang tidak tahan dengan baunya telah menggambarkan buah durian dengan gambaran seperti "makan kastard dalam tandas awam". Terdapat juga gambaran bau durian sebagai bau lori sampah yang baru sahaja melanggar skunk. (Sumber: Wikipedia)










No comments:

Post a Comment