Saturday, October 24, 2009

Anak-anak zaman sekarang

Salam 1 malaysia, nie nak kongsi sikit pengalaman sebagai seorang pendidik...baru2 nie semasa mengajar tiba2 adalah seorang murid tahun 6 ketuk pintu....lepas tu dia bagi salam dan kata nak jumpa kawan dia(murid tahun 5). Saya yang sedang khusyuk mengajar belum sempat kata apa2 atau kebenaran, budak tahun 5 dah terus jumpa kawan dia. Dengan nada yang tegas , saya pun berkata, Ada ke cikgu kata boleh jumpa dia? dengan selamba murid tahun 6 tadi hempas pintu dan terus pergi ke kelas dia. sebenarnya nak mendidik peribadi seorang murid lebih sukar berbanding dengan akademik. Itulah cabaran yang hebat untuk seorang pendidik. Mungkin ada yang kata, kerja seorang guru lebih mudah berbanding pekerjaan lain. hakikatnya tidak!Sebenarnya byk lagi pengalaman lain saya dengan anak2 zaman sekarang...ini baru sekolah di kawasan kampung agaknya kalau di bandar besar lebih teruk...
Teringat masa saya di sekolah rendah, nak pandang muka guru pun takut lebih2 lagi kalau cikgu tu garang. Kena rotan, denda, dan cubitan guru kalau tak siap kerja rumah memang rasa malu ngan kawan2. Anak2 zaman sekarang tak rasa macam saya rasa, kalau kita denda, rasa bangga dan seronok!

Saturday, October 17, 2009

Hari...hari terakhir bulan syawal

Salam...semalam sempat lagi beraya kat rumah kawan di kajang. sesat hampir 30 minit, maklumlah dah lama tak gi rumah dia...mujur dekat ngan rumah lama...dah jumpa biasalah, borak lepas tu makan...sambil mengawal anak2 masin-masing. Teringat pula zaman bujang dulu...kalau musim raya...samapai malam hari berjalan...sekarang kemeriahan dikongsi bersama anak2. Dah macam taska pula bila ramai kanak2 kat umah dia, he he. Itulah cerita seorang wanita bergelar mama...

Friday, September 25, 2009

Raya 2009

salam aidilfitri...tahun nie giliran raya kat rumah keluarga suami di terengganu sampai raya ke-3.Tahun nie juga bertambah sibuk menguruskan anak2. kalau masa berdua dulu rasa tak kalut sgt mcm sekarang...sampai kdg2 tertinggal barang dibuatnya. Mujurlah baju raya sume ada. cite pasal baju raya teringat masa 'test' baju melayu Rhadi. Wah kemain gembira dia...dampai amik ssongkok abah dia. Maknanya dia tahu, kalau pakai baju melayu mesti pakai songkok.Pagi raya dialah orang paling terakhir bgn, penat agaknya main dengan sepupu malam raya tu...

Friday, August 28, 2009

gambar birthday...Rhadi

Add Imagegambar nie diambil selepas potong kek....comot mulut dgn kek, pakai pisau potong kek lagi

Saturday, August 22, 2009

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR RHADI

Pada 10 ogos lalu genaplah umur Rhadi 2 tahun. Rasa sekejapje dah 2 tahun umur anak mama nie...masih suka nangis tapi kurang dah skit...mama sempat beli kek biasa jer...takde gambar kartun pun...apapun mama doakan yang terbaik untuk Rhadi...

Saturday, August 8, 2009

Keletah anak bujangku

Mula2 sampai kat majlis kenduri kahwin sepupuku, dia malu jer...dah lama sikit baru nak main ...nampak bunga manggar dia nak juga...sampai bawa balik kat rumah.

Monday, May 4, 2009

KUASA SEORANG PEREMPUAN

KUASA LAYANAN PEREMPUAN
  • Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN
  • Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya: "Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda: "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."



KUASA TAQWA PEREMPUAN
  • Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.
  • Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
  • Kekuasaan taqwa ini pula adalah kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.
  • Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan: semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasannya.