Friday, December 10, 2010
Saturday, October 30, 2010
LEMPENG oh LEMPENG...
Friday, August 6, 2010
KENANGAN MANIS DI CAMERON HIGHLAND
Persiapan ke sana aku buat awal2 lagi terutama utk anak2 kesayanganku...terutama sweater memandangkan nak bermalam di sana...nanti sejuk sgt...Kira2 4 jam perjlanan hampir pukul 9 mlm , kami tiba di Tanah Rata, dan bermalam di Hotel Cool Point. Keesokan harinya, kami pergi berkunjung ke Taman Teknologi Mardi. Setelah sejam di sana, kami teruskan melawat kawasan Brinchang. Tak lupa berkunjung di Raju Strawbery's Farm...makan aiskrim strawberi dan waffle strawberi...shopping di Kea Farm...Sebelah petang, berkunjung di Butterfly Farm, Rose Valley...ambil kesempatan minum air teh di Cameron Valley Tea Farm...kesimpulannya mmg seronok dan ingin pergi lagi ke sana nanti
Tuesday, July 6, 2010
DURIAN OH DURIAN!
Durian merupakan tumbuhan dari genus Durio yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Ia banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani dan pasar sayur.
Durian adalah buah tropikal yang berasal dari Asia Tenggara. Warna buah berbeza dari hijau ke perang, dan mempunyai bentuk bujur sehingga bundar. Buah ini boleh membesar sehingga 30 cm (12 in) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya mempunyai berat antara satu hingga tiga kg (2 hingga 7 lb). Ciri-ciri durian adalah buah yang mempunyai kulit bersabut yang diselitupi dengan duri yang tajam, mencucuk, dan bau yang kuat dan unik yang terhasil dari isi di dalam, yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai berbau busuk. Bahagian buah boleh dimakan adalah isi yang kekuningan, yang menyelitupi biji benih.
Ramai orang menganggap durian sebagai buah yang sedap, ia dipanggil "raja buah" oleh penduduk tempatan. Sebahagian orang barat yang tidak tahan dengan baunya telah menggambarkan buah durian dengan gambaran seperti "makan kastard dalam tandas awam". Terdapat juga gambaran bau durian sebagai bau lori sampah yang baru sahaja melanggar skunk. (Sumber: Wikipedia)
Sunday, July 4, 2010
KELETAH ANAK BUJANGKU...



Alkisah pada suatu pagi sedang aku tekun membasuh pinggan mangkuk di dapur, tiba-tiba aku mula rasa hairan kenapa anak aku diam jer....tak macam selalu sambil tgk tv mesti bising...aku terus basuh pinggan hingga selesai...aku jenguk kat ruang tamu...dia takder...ni mesti kat bilik belakang, tanpa berlengah lagi aku terus ke sana... Alamak...dia dah make over muka dia dengan celak mata dan maskara...habis muka comot...dia menunjukkan muka dgn selamba dan cuba menakutkan aku haha...HANTU! HANTU! Nie ada gambar yang sempat diambil...
Saturday, July 3, 2010
PENING...FIKIR NAK MASAK APA?
Walaupun aku beli majalah SAJI, tapi ada resipi aku tak suka, takpun ada yang dah masak banyak kali...contohnya sambal udang, sotong etc...
Sejak kahwin, aku dah boleh masak masakan org tganu...aku belajar daripada mak mertua...ketupat sotong, nasi kebuli dan laksa tganu....oh yer...ingat nak cari resipi dalam internet pulak....kot2 ada yang berkenan kat hati...bersambung lagi....
Friday, July 2, 2010
HOBI BARU...KAIT-MENGAIT
Bila tgk blog yang ada kaitan dgn kait-mengait, tanpa berfikir pjg aku add as follower, sebagai rujukan dan perkongsian idea. Harap hobi baru aku nie taklah seperti HANGAT-HANGAT TAHI AYAM...teringin benar aku nak cuba buat topi,sweater, bekas handphone dll.